Sunday, 31 July 2011

TAJUK:
Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU101


DISEDIAKAN OLEH:
Al Falikh Bin Al-Jafrey
No Matrik : 2011885128
Kumpulan : BMD1Bh

PROGRAM:
Diploma Analisis Pelaburan

TARIKH HANTAR:
1 Ogos 2011

TAJUK:
Masjid Darul Ehsan Subang Jaya

1. Isi kandungan
2. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Pengertian Masjid
4. Ahli Jawatankuasa
5. Program yang diadakan
6. Sumbangan untuk masyarakat
7. Masalah dan penyelesaian
8. Cadangan
9. Penutup
10. Bibliografi

ABSTRAK
Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Masjid selalu dikaitkan dengan konsep ibadat dan juga ritual solat atau sembahyang. Kali ini, saya akan memberi satu perspektif alternatif tentang tafsiran makna dan implikasinya terhadap peranan masjid dan konsep ibadat dalam Islam masa kini.Masjid, seperti juga tugas dan tanggungjawab mukmin sejati, mempunyai peranan penting dalam perjuangan membangunkan Islam di peringkat komuniti setempat.

Daripada ayat-ayat al-Qur'an dan hadis tersebut di atas bahawa tanggungjawab seorang Muslim adalah amat luas dan makna ibadat di dalam Islam jauh berbeza dengan pandangan yang sempit sebagai kegiatan ritualistik semata-mata. Implikasi utama konsep ibadat sedemikian adalah masjid perlu berperanan lebih daripada hanya sebagai sebuah bangunan dan institusi ritual. Masjid perlu berperanan proaktif dalam pembangunan masyarakat setempat. Maka itu perancangan ruang dan bahasa seni bina masjid perlu dibuat sebagai pusat komuniti yang aktif dan bukan bagaikan kuil atau biara yang sunyi sepi tempat orang beruzlah.

PENDAHULUAN
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan projek kursus CTU ini. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk mendedahkan warga Subang Jaya bahawa masjid adalah sebuah aset dan institusi yang penting dalam komuniti itu. Oleh itu, saya akan menulis tentang Sejarah Masjid Darul Ehsan Subang Jaya. Dengan tajuk ini saya berharap blog ini dapat meberi kesan yang baik kepada pembaca. 

SEJARAH MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA


 AJK Perintis MDESJ diraikan di Majlis Jamuan Eidulfitri 1431H
Sejarah pembinaan Masjid Darul Ehsan Subang Jaya (MDESJ) bermula dalam tahun 1976, iaitu sejak bermulanya satu era baru pembangunan kawasan penempatan dan komersial green field Subang Jaya... Hampir sebelas tahun (11) mempamirkan pahit getir perjuangan serta wawasan pembinaan ummah anak qaryahnya melalui Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (PERKEMAS).

Barisan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya (1985)
Sebagai memperingati usaha gigih mereka, khususnya sebagai wadah untuk ahli qaryah generasi baru kini; di lakarkan urutan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah pembinaan dan pembangunan MDESJ:

1976 - Fasa I (SS15) Subang Jaya mulai didiami. Masyarakat Islam menubuhkan PERKEMAS, dengan memberi fokus membangunkan tempat solat berjemaah. Dan segala-galanya bermula dengan rumah kedai milik UDA di No. 25, Jalan SS15/5A dijadikan Surau sementara.

1979 - Sebidang tanah seluas dua (2) ekar ditawarkan untuk tapak Masjid. Namun ianya tidak mungkin memenuhi hasrat mengwujudkan Kompleks Pusat Islam.

1981
- Berkat dari usaha yang tidak mengenali putus asa, dengan izin Allah akhirnya berjaya memperolehi tapak seluas 2.947 hektar (7.282 ekar) yang ada sekarang. PERKEMAS melancarkan tabung pembinaan Surau. Sebanyak RM65,000 telah berjaya dikumpulkan (derma kilat) oleh masyarakat Islam setempat ketika itu. Dan dalam masa sebulan sahaja Surau berjaya dibangunkan.

1982 - Surau tersebut juga telah berfungsi sebagai Sekolah Agama di sebelah pagi dan petang. Untuk makluman, bangunannya masih kekal di tapak asalnya. Kini dijadikan surau dan kantin Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE) /Maahad Tahfiz Masjid Darul Ehsan dan Sekolah Agama (KAFA) Masjid Darul Ehsan.

1984 - (April) Kerja-kerja pembinaan masjid bermula. Pelan dan rekabentuk Masjid diusahakan oleh Arkitek Kumpulan Senireka Sdn Bhd. Kos pembinaan menelan belanja RM2,000,000 melalui dana terkumpul seperti berikut:
  • RM400,000 sumbangan orang perseorangan /Ahli Qaryah;
  • RM600,000 sumbangan United Estate Projects (UEP) Berhad;
  • RM700,000 peruntukan Kerajaan Negeri Selangor; dan
  • RM300,000 peruntukan Kerajaan Persekutuan.


1984 - Pada 1 Rabiul Akhir 1405H bersamaan 25 Disember 1984 Masjid mula digunakan dan menjadikannya sebagai masjid pertama terbina di Subang Jaya.

1985 - Tepat jam 12:30 tengahari Jumaat, 28 Zulhijjah 1405H bersamaan 13 September 1985; Masjid telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor - Al-Marhum Sultan Solahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Ianya bersempena dengan Perayaan Jubli Perak pemerintahan Baginda. Dan dengan rasminya diberi nama MASJID DARUL EHSAN SUBANG JAYA (MDESJ).


"...Beta mengistiharkan dengan rasminya Masjid Darul Ehsan Subang Jaya"
- Almarhum DYMM Sultan Selangor



RUJUKAN

http://www.mdesj.com/p/galeri.html
http://az-ctu101.blogspot.com/2010/09/teknik-menulis-esei.html
wikipedia.org

No comments:

Post a Comment